LGE Duduk Bersama

Assalamualaikum. Aku suka politik. Sebab aku suka tengok jenis-jenis kepimpinan manusia yang pelbagai, Dan dari situ nampaklah kekuatan dan kelemahan diorang. Aku sebenarnya tak suka jugak cara bangsa diorang bermain politik ni sebab asyik-asyik agama Islam, ketuanan Melayu, bangsa Melayu, perlembagaan Melayu yang dia nak usik seolah-olah dia memang tak nak berada di bawah pemerintahan orang Melayu, tak nak diperintah, biar dia je merasa memerintah orang. Sepatutnya harmoni je bangsa-bangsa berlainan duduk kat Malaysia ni tapi disebabkan sesetengah pihak suka merangka strategi untuk menghancurkan peradaban manusia kini, itu yang jadi hyper semangat perkauman tu. Padahal, bende boleh hidup harmoni, buat pe nak gaduh-gaduh? Kat twitter ade orang rasa geli geleman dengan tindakkan LGE duduk bersama berbuka puasa dengan umat Islam lain. Ada jugak orang yang mengatakan itu sekadar lakonan. Entahlah aku tak tahu nak kata apa. Ada masa kita kene ambik yang jernih, ada masa kita kene berjaga-jaga supaya maruah tidak dipijak. Tengok keadaan laa kan. Kalau keadaan tu tak bagi impak pada akidah dan iman kau, buat apa nak cari gaduh kan. Yang penting jangan ubah ketetapan Allah ye.. Kalau kau rasa bende tu menggugat agama Islam, ye, baru boleh marah... Tapi, masih kene berjaga-jaga juga sebab orang bukan Islam... ye.. memang patut bersangka baik dengan diorang tapi harus berjaga-jaga. Jangan main bagi je semua. Kita pun kene ada pendirian kita. Misal kata bende tu bercanggah dengan kehendak agama Islam, barulah boleh kita bertindak dan bertingkah. Jangan semberono je. Berjaga-jaga jelah. Ada masa ia satu helah nak tarik dan jaga hati umat Islam supaya secara perlahan-lahan mempercayai diorang, ada masa ia memang lahir dari keikhlasan diorang. So, niat orang kita tak tahu dan tak berhak nak nilai. So, berjaga-jaga jelah. 


Ada satu isu hangat pasal Dr Mazlee nak open matrikulasi untuk semua kaum kalau SJK SJKC ape ape sekolah jenis kebangsaan dihapuskan dan tidak berkira untuk mengambil pekerja kalau orang tu tak reti cakap Mandarin. Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi Malaysia ni pun haram nak faham, ini kan pulak suruh kita faham bahasa diorang. Tengok betapa teguh nya pendirian diorang nak kita ikut cara diorang. Kalau kita ni di pihak yang benar, kita pun patut lagi teguh lagi pendirian kita selari dengan syariat Islam. Aku setuju cakap Dr Mazlee.. Hapuskan sekolah-sekolah perkauman tuu.. Beria cakap disebabkan agama pada IC lah yang menyebabkan kaum tidak bersatu padu padahal sekolah diorang banyak je jenis. Apa citer? Diorang boleh buat, kita tak boleh ? Apa hal? Ini negara siapa? Meskipun kau dalam takuk pemerintahan tak semestinya ia memberi peluang kat kau nak buat onar kat negara yang mana ketika dulu orang British bawak keturunan kau datang sini. Aduh.. Susah laa nak sedarkan orang yang lupa daratan ni. Ingatkan melayu je yang lupa asal usul, rupa nya ada lagi bangsa lagi teruk lupa asal usul sampai nak buat statut rom, nak human equality yang lgbt tu la, sibuk dengan agama Islam orang... Aduhaiii...



Comments

Popular posts from this blog

Melayu dan Islam ditakuti dunia

Ramadhan Yang Mulia Tak Dimuliakan...

Review Curi Curi Cinta