Posts

Showing posts from May, 2019

Kes Adib ni Kenapa!!

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sungguh tak puas hati dengan keadilan yang tidak ditegakkan untuk Adib. Adakah kerana dia seorang melayu? Patut nya soalan tu tak patut langsung ditujukan kepada orang yang sememangnya asal dari Malaysia, dari Tanah Melayu niiii…. !! Apekejadah laa sebenarnya peguam menarik diri daripada menghakimi kes Adib ni…   Aku tak salahkan si peguam tu. Aku salahkan siapa yang arah kan peguam tu untuk berhenti mengadili kes Adib ni.. Dah lah pembicaraan dia tak nampak membuatkan orang tertanya-tanya apa benda dah berlaku dalam mahkamah. Aku teringin nak tahu apa dah jadi dalam mahkamah, macam mana si Thomas peguam negara tu mengadili kes Adib.. Eh Adib Melayu kan? Dia meninggalkan seribu satu persoalan sejauh mana, sebanyak mana kelemahan yang cuba disembunyikan oleh peguam negara ni… Adakah disebabkan Adib Melayu? Serious aku cakap soalan ni tak layak dipertikaikan untuk penduduk bumiputera. Seolah-olah macam kita pulak mengemis kat negara sendiri. Seo...

Ramadhan Yang Mulia Tak Dimuliakan...

Image
Tak lama lagi Ramadhan bakal melabuhkan tirai. Sekejap je kan. Dulu waktu kecik, kita tak rasa pun masa berlalu dengan cepat sebab iyelah.. budak-budak, fikir main, kawan, makan... Tak sedar, terleka sungguh sampai tak sedar Maghrib dah kunjung tiba. Sekarang ni dah dewasa, masing-masing dah susun jadual sendiri. Masa ini diperuntukkan untuk family, diri sendiri, kawan-kawan, berhibur, bekerja, susun semula kewangan, rombak semula ekonomi sara diri, ukur baju di badan sendiri. Tapi aku bukan nak cakap pasal tu pun.. Aku cuma cakap, betul ke kita muliakan bulan ramadhan yang mulia ni? Tengok kat sosial media, dari awal ramadhan sampai dah nak habis, dah boleh agak dah, asyik bergaduh kita sesama Islam, berbalah pendapat. Aku pun termasuk jugak tapi aku bagi komen yang murni murni je sebab tak nak hyper kan yang keruh. Aku faham situasi tu tapi aku ambil pilihan untuk komen yang murni-murni je. Aku tak suka bergaduh dengan orang yang aku tak kenal sebab bukan senang nak cari semula oran...

LGE Duduk Bersama

Image
Assalamualaikum. Aku suka politik. Sebab aku suka tengok jenis-jenis kepimpinan manusia yang pelbagai, Dan dari situ nampaklah kekuatan dan kelemahan diorang. Aku sebenarnya tak suka jugak cara bangsa diorang bermain politik ni sebab asyik-asyik agama Islam, ketuanan Melayu, bangsa Melayu, perlembagaan Melayu yang dia nak usik seolah-olah dia memang tak nak berada di bawah pemerintahan orang Melayu, tak nak diperintah, biar dia je merasa memerintah orang. Sepatutnya harmoni je bangsa-bangsa berlainan duduk kat Malaysia ni tapi disebabkan sesetengah pihak suka merangka strategi untuk menghancurkan peradaban manusia kini, itu yang jadi hyper semangat perkauman tu. Padahal, bende boleh hidup harmoni, buat pe nak gaduh-gaduh? Kat twitter ade orang rasa geli geleman dengan tindakkan LGE duduk bersama berbuka puasa dengan umat Islam lain. Ada jugak orang yang mengatakan itu sekadar lakonan. Entahlah aku tak tahu nak kata apa. Ada masa kita kene ambik yang jernih, ada masa kita kene berjaga-...

Twitter Sekarang Dah Berubah

Image
Sakit kepala sangat... Urghhh... Kurangkan berfikir wahai diri. Aku tak tahulah kenapa banyak sangat isu pengguna-pengguna twitter ni. Setiap hari ada je isu baru, betullah gen Y ni banyak bertanya. Gen WHY... WHY WHY WHY!! Semua benda nak dipersoalkan. Semua ketetapan nak dipersoalkan. Orang cakap sikit, lepas orang lain pergi tambah thread jadi berjela-jela, terpulang lah orang berminat atau tidak. Tandanya dengan melihat betapa ramai yang retweet. Yang tukang retweet sama ada dia percaya, setuju atau sengaja nak sebar kan kat orang lain. Misalnya, ade sorang perempuan tanya lebih kurang macam, "boleh tak perempuan piyed makan je kat public tanpa perlu orang pandang serong?" ... Aku pun macam... Tolonglah wehh,, bende tu dah tetap. Kau sebenarnya nak mudah je kan. Fikirlah sikit maruah kau sebagai perempuan. Kau makan secara public, orang tahulah kau datang bulan? Lepas tu, agak-agak aku, mungkin akan dipersoalkan, "Apa salahnya kalau orang tahu? Diorang bukan boleh b...