Tak Guna Menyesal
Hari ni aku cuma nak cakap, sebenarnya, kadang2, menyesal jugak tak belajar bersungguh-sungguh. Kebanyakkan kerja requirement nak CGPA 3.0 and above. Aku punya CGPA 2.68 je. Sedihlah. Lagi sedih bila baca, kebanyakkan orang dulu waktu sekolah A sikit je. Tapi bila diorang masuk U, ambik kau, pointer dekan masing-masing. Yelah, tengok kos masing-masing lah kan. Kalau waktu sekolah, belajar subjek sume setaraf, jadi agak sukar lah nak tengok kecemerlangan dan kebolehan masing-masing secara individu. Bila dah masuk universiti ni, masing-masing dah faham kehendak dan kebolehan masing-masing. Itu yang boleh dekan tuu waktu universiti. Aku takdelah pandai sangat waktu sekolah tapi bolehlah sebab waktu rasa malas tu tak teruk sangat. Tapi, bila masuk Universiti, aku tak tahulah, pembawakkan faktor usia kot. Malas dia tak boleh bawak bincang. Tibe-tibe aku terfikir, kenapa lah waktu UPU aku pergi isi kimia. Mentang-mentang matrik aku dapat Kimia, A, first time, rasa macam tak sangka lah...