Kes Adib ni Kenapa!!
Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Sungguh tak puas hati dengan keadilan yang tidak ditegakkan untuk
Adib. Adakah kerana dia seorang melayu? Patut nya soalan tu tak patut langsung
ditujukan kepada orang yang sememangnya asal dari Malaysia, dari Tanah Melayu
niiii…. !! Apekejadah laa sebenarnya peguam menarik diri daripada menghakimi
kes Adib ni… Aku tak salahkan si peguam
tu. Aku salahkan siapa yang arah kan peguam tu untuk berhenti mengadili kes
Adib ni.. Dah lah pembicaraan dia tak nampak membuatkan orang tertanya-tanya
apa benda dah berlaku dalam mahkamah. Aku teringin nak tahu apa dah jadi dalam
mahkamah, macam mana si Thomas peguam negara tu mengadili kes Adib.. Eh Adib
Melayu kan? Dia meninggalkan seribu satu persoalan sejauh mana, sebanyak mana
kelemahan yang cuba disembunyikan oleh peguam negara ni… Adakah disebabkan Adib
Melayu? Serious aku cakap soalan ni tak layak dipertikaikan untuk penduduk
bumiputera. Seolah-olah macam kita pulak mengemis kat negara sendiri. Seolah-olah
KEWUJUDAN KITA SEBAGAI BUMIPUTERA jadi satu perdebatan yang hangat dan terasa
dah membebankan banyak pihak terutama sekali pengkhianat negara. Menyampah
pulak aku dengan orang main sentiment perkauman dan keagamaan ni. Lalu kat
twitter, orang India, penyamun, gangster.. Dikatakan mati didera dalam penjara
mendapat keadilan yang sangat hebat. Adib, pegawai bomba, cuba menyelamatkan
keadaan, mati disebabkan rusuhan orang ramai. Masuk ICU, orang kata dia bagi
respon positif entah mengapa nyawanya ditarik. Orang ramai percaya itu adalah
ketentuan Allah.. Memang segala apa yang berlaku di bumi ini berlaku atas
kehendak Allah. Tapi, yang menyebabkan ketentuan tu jadi cepat disebabkan
manusia. Kerosakan banyak berlaku disebabkan manusia. Dikatakan melalui komen
di Twitter, Adib bagi respon positif, tiba-tiba dapat berita dia dah meninggal
dunia. Persoalan yang timbul adalah, ada sesuatu yang cuba disembunyikan ke?
Adakah seseorang cuba menghapuskan bukti sahih iaitu mulut Adib sendiri tapi
tak sempat nak bagitahu kebenaran?? Banyak persoalan yang berlaku disebab kan
kes Adib sekarang ni. Lagi sekali, adakah disebabkan Adib melayu?? Sejak awal
dulu lagi, aku benci bila Thomas dilantik jadi peguam negara sedangkan agama
rasmi di Malaysia adalah agama Islam…
Aku tahulah pakatan harapan yang dah
takde harapan tu bergabung dengan orang kafir tapi tak perlulah bagi jawatan
tinggi-tinggi dengan orang kafir. Bagilah, orang Islam, melayu yang boleh
dipercayai, bukan pengkhianat negara pegang jawatan tinggi-tinggi ni. Kau
kesian kat bangsa lain, bila kau dah merana, bangsa lain tu takkan tengok kau
lagi dah melainkan kau boleh tawarkan sesuatu yang boleh menguntungkan
kepentingan mereka. Itu je sistem barter yang menguntungkan. Kau bagi aku kaya,
aku bagi kau jawatan paling besar. Kau bagi aku kahwin dengan anak kau, aku akan
naikkan pangkat kau. Sekarang, sistem organisasi tak kisah laa apa jenis yang
berpangkat sume tak boleh dipercayai sebab orang sekarang dah tamak, konsep
kepimpinan bukan lagi untuk membantu rakyat, tapi hanya sekadar wujudkan saja
sistem tu. Takdelah negara lain pandang serong kat negara Malaysia kan, tak
reti jaga kebajikan rakyat sendiri.
Sistem pengurusan, kepimpinan, yang
bijak-bijak dia letak belakang, yang benak-benak semua letak depan sebab yang
benak-benak ni yang pandai kelentong orang, yang pandai tambah perisa manis kat
ayat-ayat yang dilontarkan. Yang bijak ni dia tahu apa yang silap, apa yang
benar, apa yang hak, apa yang batil, jadi diorang berhati-hati bila melakukan
sesuatu tindakan walaupun nampak lambat impaknya, asalkan ia tidak membebankan
rakyat dengan pelbagai persoalan dan sengketa. Serious talk melalui kes Adib ni
dah nampak kelemahan sistem pengadilan. Orang dah ada video, dah ada bukti
kukuh, nak jugak putar belit lagi sampai orang bosan, sampai orang lupakan kes
Adib ni, jadi bila orang dah lupa kes Adib, maka senanglah keje2 pihak berkuasa
ni, terus je tutup kes. Membazir je.. Padahal nak tegakkan kebenaran untuk
bangsa dan agama sendiri. Dia tak nampak kepentingan di situ. Dia hanya nampak
kepentingan diri sendiri sahaja.
Comments
Post a Comment