Tak Guna Menyesal
Hari ni aku cuma nak cakap,
sebenarnya, kadang2, menyesal jugak tak belajar bersungguh-sungguh. Kebanyakkan
kerja requirement nak CGPA 3.0 and above. Aku punya CGPA 2.68 je. Sedihlah.
Lagi sedih bila baca, kebanyakkan orang dulu waktu sekolah A sikit je. Tapi
bila diorang masuk U, ambik kau, pointer dekan masing-masing. Yelah, tengok kos
masing-masing lah kan. Kalau waktu sekolah, belajar subjek sume setaraf, jadi
agak sukar lah nak tengok kecemerlangan dan kebolehan masing-masing secara
individu. Bila dah masuk universiti ni, masing-masing dah faham kehendak dan
kebolehan masing-masing. Itu yang boleh
dekan tuu waktu universiti. Aku takdelah pandai sangat waktu sekolah tapi
bolehlah sebab waktu rasa malas tu tak teruk sangat. Tapi, bila masuk
Universiti, aku tak tahulah, pembawakkan faktor usia kot. Malas dia tak boleh
bawak bincang. Tibe-tibe aku terfikir, kenapa lah waktu UPU aku pergi isi
kimia. Mentang-mentang matrik aku dapat Kimia, A, first time, rasa macam tak
sangka lah subject killer dapat A. First time, aku rasa bahagia sangat. Kalau
aku citer kat orang, mesti orang gelak ni. Itulah happiest moment aku. Waktu
sekolah jejak B pun tak pernah kalau subjek killer. Itu yang bile first time
dapat, serious talk aku rasa bahagia sangat. Itulah first time aku belajar
bersungguh-sungguh, dan itulah second time aku rasa nikmat bila dah berusaha
bersungguh-sungguh, pulangan dia sangat membahagiakan. Yang first time nye
waktu nak trial PMR. SUmpah aku cakap menangis gile2 sebab asyik dapat 2A je
setiap kali exam PMR. Gila-gila aku menangis, belum cubaan-cubaan kat sekolah
lagi. Aku menangis gile-gile sebab stress asyik dapat 2A je. Sekali waktu trial,
Alhamdulillah, dapat 5A. Jarak laa sikit dari 2A tuuu… Aku cukup bersyukur
waktu tu sampaikan aku terfikir, “menangis tu rahsia aku berjaya?”
kahkahkahkahkah,… takde lah,.. sebenarnya waktu tu pulun habis-habis. PMR bagi
orang lain mungkin senang tapi bagi orang macam aku, aku faham kelemahan aku,
itu yang beria bersungguh-sungguh tuuu.. Dapatlah jugak 5A, jaraklah sikit
daripada 2A tu… Tapi bila nak isi UPU, aku banyak isi dietetik, biologi, yang
dekat-dekat dengan bidang tu laa… Tapi, aku dapat Kimia. Mestilah sistem tengok
result matrik lepas kan. Hmmm… ikutkan aku dapat kos lelong sebenarnya. Ya
Allah… tetiba rasa nak nangis lah tengok kehidupan sendiri. Aku ikutkan nak
pilih benda yang aku minat, dan aku boleh buat. Aku, kalau tak minat, susah nak
fokus, susah nak buat, memang agak lambat sikit nak hadam. Aku minat subjek2
tak famous laa… macam psikologi, arkeologi, sejarah, geologi, yang berkaitan
dengan alam bumi ni semua. Aku minat Kimia sebenarnya, tapi yang buatkan hati
aku makin tawar sebabnya, aku kurang faham bende2 dalam subjek kimia. Memang to
be honest agak lambat sikit nak pickup. Aku setiap hari menangis waktu kat U
fikirkan perjalanan hidup aku ni. Aku tahu Allah sebenarnya nak makbulkan doa
aku, itu sebab aku mengelak jauh macam mana pun daripada Kimia, aku tetap akan
dapat kos kimia. Sebab dulu, waktu sekolah, aku bercita-cita nak jadi saintis
tanpa memikirkan sebenarnya pekerjaannya rumit, kene tahu macam-macam, kene
tahu kira-kira. Aku waktu tu fikir nak jadi saintis dengan harapan aku dapat
belajar pasal environment, pe sume. Tapi sekali dah melibatkan analytical yang
kira-kira, aku jadi macam terperanjat. Tetiba satu perasaan, “kau boleh buat ke
ni?” .. Aduhaiii… AKu sebenarnya kurang sikit bab kira-kira. Aku boleh
kira-kira tapi hati kene tenang. Masalahnya bila kira-kira, aku jadi panik, nak
cepat selesaikan sebab tengok kawan laju je tangkap, bende tuu trigger tuu hati
aku nak buat cepat-cepat jugak. Aku faham setiap kebolehan masing-masing berbeza
tapi aku ni mudah dipengaruhi dengan keadaan waktu itu. Kalau kawan laju
problem solving, aku pun nak laju jugaklah, sudahnya panik tak dapat jawapan. Bende-bende
ni sume lah menghadirkan satu perasaan tak yakin bila nak minta kerja. Minda
aku kalau boleh nak set kerja-kerja inventory, store, kerja tak melibatkan
dengan ramai orang. Tapi itulah, realitinya sekarang aku tak boleh set minda
macam tu. Kene perkembangkan lagi rancangan tu. Hmm… aku minat sejarah.. nak
sambung master sejarah boleh tak!!?? Urghhh…

Comments
Post a Comment